Skip to main content

UNIKNYA JAMBATAN ANGKAT TERENGGANU

Assalamulaikum dan salam sejahtera.

Sejak akhir-akhir ini k mid rajin pulak nak menaip di blog kak mid ini,  mungkin sebab kerja di lapangan k mid berkurangan,  banyak pelancong dari luar negeri membatalkan  kunjungan mereka ke  Malaysia.  Masing-masing merasakan tidak selamat untuk pergi bercuti,  lebih-lebih lagi ke negara yang telah ada orang positif Novel Corona Virus nie. Apa-apa pun kita doakan yang terbaik untuk negara kita.
So...bila ada free time nie bolelah kak mid menaip apa yang k mid tak sempat arituekan.
  • JAMBATAN ANGKAT TERENGGANU/DRAWBRIDGE


Tahun lepas,  ketika berkunjung ke Kuala Terengganu,  sempatlah kak mid berkunjung ke Jambatan Angkat Terangganu (Terengganu Drawbridge) yang merupakan mercu tanda terbaharu negeri Terengganu .
Jambatan ikonik ini menghubungkan Muara Selatan di sebelah Daerah Kuala Terengganu dan Muara Utara di sebelah Seberang Takir Daerah Kuala Nerus.



Fakta-fakta tentang Terengganu Drawbridge
  • Merupakan Jambatan Angkat pertama di Asia. 
  • memiliki 2 menara setinggi bangunan 15 tingkat
  • Projek bermula dari Ogos 2014.
  • Ia merupakan jambatan keempat di kawasan Kuala Terengganu yng menyeberangi Sungai Terengganu selepas Jambatan Sultan Mahmud,  Jambatan Manir dan Jambatan Pulau Sekati.
  • Panjang keseluruhan Jambatan Angkat ini ialah 638 meter,  Lebar 23 meter dan Tinggi 12.5 meter dari aras laut. 
  • Kos pembinaan berjumlah RM248 juta.
  • Dibuka pada  2 - 17 Jun 2019  ( tempoh percubaan) dan 1 hb Ogos 2019 ( dibuka secara tidak rasmi)
  • Rekabentuk : mendapat ilham dari Tower Bridge London
  • Jambatan boleh diangkat untuk laluan kapal,  mengambil masa hanya 20 minit untuk di buka dan tempoh yang sama untuk di tutup.
  • Terdapat 100 petak parkir kenderaan di bawah Jambatan,
  • Turut menyediakan pengkalan bot dan kapal agensi kerajaan berlabuh.
  • Menara 1(Utara) akan menempatkan restoran mewah yang boleh menampung 200 orang dalam satu masa.
  • Menara 2(Selatan) menempatkan galeri, menara tinjau serta dewan yang boleh menampung 200 orang dalam satu masa.

Galeri Skybridge di Menara 2 mempamerkan lukisan dari pelukis tempatan,  Dibuka dari setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam
 
Bolehlah mencuba berjalan di atas lantai cermin ini,  sambil melihat ke bawah dan sekeliling..gayat jugak😂😂

pemandangan yang awesome dekat atas nie....
Dengan harga tiket galeri Skybridge sebanyak RM5 untuk semua warganegara dewasa dan kanak-kanak manakala bukan warganegara RM15 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak,  janganlah korang lepaskan peluang kerana memang sangat berbaloi.

Untuk lebih info :





 No.Tel   : 09-622 2438





Salam Sayang,
MiedaJaz


Comments

  1. saya x prnh lgi pergi tmpt2 ceni kat ganu. masjid kristal pun xpernah huhu

    ReplyDelete
  2. saya ni duduk je di negeri Terengganu selama 15 tahun. tempat menarik satu pun tak pernah sampai. Syok je tengok orang post. bila la turn saya pulak ke sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terengganu banyak tempat menarik, makanan pun sedap2..ada masa bolelah teroka semua tempat yg best tue .pastu share kt blog...baru best

      Delete
  3. Bestnya dah pergi Jambatan Angkat Terengganu. Sekarang dah kena bayar rasanya kan? Hari tu masa promo percuma. Lama dah tak sampai ke Terengganu. Dulu last pergi Perhentian je. Kalau malam memang cantik bergambar ni.

    ReplyDelete
  4. Tak penah lagi ke sana. Tapi kagum dengan keindahan jambatan tu. Inshaallah ada rezeki nanti

    ReplyDelete
  5. Wah terengganu sekarang makin mahu rasa macam nak singgah ... lama tak ke pantai Timor sekarang.. day ramai yang bergambar jambatan sini
    . Kawan kawan I la.. thanks for sharing

    ReplyDelete
  6. Terbaik perkongsian ini.. byk fakta menarik mengenai jambatan ni.. ada rezeki mahu kesana juga merasa pengalaman sendiri..

    ReplyDelete
  7. Tengok pada harga pembikinan jambatan angkat ni berbaloi lah dengan apa yang ada sekarang. semoga Terengganu terus maju.

    ReplyDelete
  8. tak pernah sampai lgi sejak jambatan baru ni start operasi.. gi dh dulu tapi masa tu masih dgn jambatan lama lagi.. cantik

    ReplyDelete
  9. dah siap pun jambatan ni, time belajar dulu mampu tengok dari jauh je masa pembinaan. nanti pergi terengganu nak cuba lah naik atas jambatan ni. macam best je

    ReplyDelete

Post a Comment

TERIMA KASIH PADA YANG SUDI MEMBERI KOMEN

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kediaman kita eloklah na

UMRAH PERTAMAKU : BARANG KEPERLUAN UMRAH

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Diri ini bersyukur kerana mendapat peluang menjadi tetamu Allah pada bulan Mac 2022 yang lalu.  Asalnya k mied ingin pergi bersama Arwah suami tapi apakan daya dia terlebih dulu di jemput ilahi. Jadi k mied pergi secara mengejut bersama bestie k mied serta ayah ibunya. Mereka merupakan jemaah yang tertangguh 2 tahun lalu akibat Pandemik Covid 19. Ya Allah..aku menyambut seruanmu Bila kak mied telah mendapat pengesahan akan  menunaikan umrah, k mied mulalah membeli dan menyediakan barangan-barangan sedikit demi sedikit. Ramai juga di antara kita yang risau tentang persiapan-persiapan yang perlu di lakukan,  barang yang perlu di bawa hingga kita asyik talipon atau bertanya pada saudara-mara dan kawan-kawan yang pernah sampai ke tanah suci. Kami berempat di Miqat Bir Ali Mengenai kursus pula, k mied tidak dapat sekali pun berkesempatan menghadiri kursus umrah yang di anjurkan oleh travel agensi,  bukan kak mied malas atau apa... tapi tarikh yang diad

PERCUTIAN 2HARI 1MALAM DI LOST WORLD OF TAMBUN

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Minggu nie nak pergi mana pulak? .  K mied rasa nak berehat aje di rumah setelah dari hari raya aidil adha hari tue hingga sekarang asyik berjalan jer ..bermula melaka, kemudian batam, lepas tue hatyai. Ingat-ingat dapatlah rest kejap....tapi hahaha..anak-anak ajak pula ke Lost World of Tambun . K mied pulak pantang diajak...cepat benar bertenaga ..huhuhu🥰🥰 Bukan senang anak bujang nak ikut jejalan dgn mama dia..kali ini ikut pulak..alhamdulillah 🤲 Taman tema ini berkeluasan  40 ekar, Ianya dibuka kepada pengunjung pada 11 November 2004 . Selain ada Taman Tema Air,  ada 7 taman tema lain yang menyeronokkan iaitu : Lost Water Park Lost World Amusement Park Lost World Hot Springs & Spa Lost World Tiger Valley Lost World Petting Zoo Lost World Tin Valley Lost World Adventure Park Check harga dulu...kitaorg beli online je Kami mulakan perjalanan dari rumah di Selangor kira-kira pukul 8.30 pagi dan sampai ke Lost World of Tambun sekitar 11.30 pag