Booking.com

3 December 2019

TEMPAT WAJID SINGGAH KALAU KE SETIU TERENGGANU (PART 2)

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Kali ini k mid nak sambung lagi mengenai tempat-tempat menarik di Daerah Setiu Terengganu kerana baru-baru nie k mid berkesempatan berkunjung lagi ke sana mengikuti Homestay Food & Culture Festival dan Festival Setiu Wetlands 2019..Bulan lepas ke Terengganu..bulan nie sambung Famtrip Terengganu lagi, seronok sangat dapat meneroka lagi. Dikesempatan ini,  barulah k mid tahu bahawa banyak tempat-tempat menarik serta aktiviti-aktiviti yang bole di lakukan di Daerah Setiu dan Besut .

Info Setiu
Setiu merupakan sebuah daerah yang paling bongsu daripada tujuh daerah di dalam negeri Terengganu.  Mempunyai keluasan 135,905.80 hektar,  merupakan 10.49 peratus daripada keluasan Negeri Terengganu Darul Iman.  Bersempadan dengan Daerah Kuala Terengganu,  Hulu Terengganu dan Besut. Bandar Permaisuri adalah ibu daerah Setiu yang berperanan sebagai pusat pentadbiran dan komersial utama yang terletak di bahagian tengah Daerah ini.


Info Besut
Daerah Besut pula ialah sebuah daerah di utara Terengganu,  ia bersempadan dengan negeri Kelantan di utara,  daerah Setiu di selatan dan Laut China Selatan di timur. Daerah ini mempunyai keluasan 123,367.8 hektar. Ibu daerah Besut ialah Jerteh.

Dengan kedudukan kedua-dua daerah ini yang mengadap Laut China Selatan maka terdapatlah pantai-pantai cantik dan juga beberapa pulau terkenal seperti Pulau Perhentian,  Pulau Rhu, Pulau Rawa dan Pulau Redang.

Untuk kunjungan kali kedua k mid ke sini,  k mid  berpeluanglah meneroka tempat-tempat menarik di Daerah ini  :-

1. MASJID LAPAN KUBAH (MASJID RUSSIA)


Masjid Lapan Kubah ini  terletak  di kawasan sawah padi di tengah-tengah kampung di Kampung Lapan kotak,  Jerteh Terengganu.  Mendapat jolokan sebagai masjid Russia kerana senibinanya seakan-akan St Basil Cathedral di Moscow Russia.
Dicetuskan pembinaannya oleh Ahli Parlimen Besut Datuk Seri Idris Jusoh kira-kira 7 tahun yang lalu. Masjid Lapan Kubah kini menjadi antara masjid ikonik yang menjadi tumpuan kerana keunikan senibinanya dan berwarna warni.
alhamdulillah..k mid dapat sholat subuh di masjid unik ini😍
Dibina sepenuhnya menggunakan 100 peratus tenaga dan arkitek tempatan,  masjid ini di bina di atas bekas tapak sawah padi seluas 0.6 hektar dan bole menampung 500 jemaah pada satu-satu masa.


Terdapat" beduk" berusia 50 tahun yang masih di gunakan untuk memanggil orang Kampung setiap kali masuk waktu sholat telah menjadi masjid ini lebih klasik.


Jadi..jangan lupa singgah di Masjid ini jika berkunjung ke Jerteh ini.

Alamat  :  1315,  Jalan Masjid, Kg Lapan Kotak,
                 22000 Jerteh, Terengganu


 2. LATA  KOLAM AIR DERU ECOPARK



Terletak di Jalan Kolam Air Panas la,  Kampung La, Jerteh Terengganu. Lokasinya terletak berhampiran sempadan Terengganu dan Kelantan  serta di kelililingi oleh kawasan pelancongan popular yang lain antaranya La Hot Spring, Lata Tembakan, Lata Belatan , Gunung Tebu dan Pulau Perhentian,

Kami semua menaiki Pick up yang di sediakan untuk masuk ke kawasan Lata Kolam Air Deru Ecopark yang lebih kurang 2 kilometre dari jalan besar kerana bas agak sukar untuk masuk ke sana namun para pengunjung jangan risau kenderaan lain seperti kereta dan van bole masuk dengn mudah ke sini  dan banyak terdapat tempat parkir kenderaan.
Jika anda pencinta alam semulajadi,  aktiviti lasak dan yg suka mandi di air terjun ...ini lah tempat yang sesuai. Air terjun sangat best di sini..sangat sejuk dan jernih sudah tentulah menjadi tarikan utama pengunjung untuk datang bagi menikmati kesegarannya serta mandi manda bersama keluarga.


K mid tak lepaskan peluang mandi manda di sini...memang best!

Sungai di sini terbahagi kepada 3 pengkalan iaitu Pengkalan Suri, Pengkalan Dua dan Pengkalan Raja dan ianya mengikut tahap kedalaman.  Bagi kanak-kanak,  Pengkalan Suri adalah amat sesuai kerana tidak dalam dan tidak merbahaya.
Dari segi penginapan pulak,  anda bole memilih untuk duduk di chalet, dorm, tube lodge ataupun khemah yang bole di sewa.

Ini penginapan jenis Tube Lodge

Khemah
Pelbagai aktiviti bole di lakukan di sini seperti berkhemah , explorace,  flying fox,  water abseiling,  ice breaking, water confidence, menunggang ATV,  mountain bike, boating dan memanah.

kami tak lepaskan peluang bermain "combat archery"

Banyak kemudahan lain di sediakan seperti tempat parkir,  tapak perkhemahan, tandas,  bekalan elektrik, dewan makan, kantin serta bekalan air bersih.

LATA KOLAM AIR DERU ECOPARK
Jalan Kolam Air Panas Kampung La,
Jerteh, Terengganu

No. tel  : 019 6931662


3. La HOT SPRING


Terletak di kawasan pendalaman Hulu Besut,  kira-kira 28km dari Bandar Jertih Terengganu dan tidak jauh dari Lata Kolam Air Deru Ecopark.

La Hot Spring ini terbahagi kepada 2 bahagian. Satu tempat di mana air panas mengalir dan lagi satu air sejuk cetek dari anak sungai yang mengalir,

kawasan Air panas
Air panas yang mengalir ini mengandungi " Sulfur" dan belerang dengan kepanasan 49 darjah celcius ini amat berkhasiat untuk mengubati penyakit kulit dan untuk kesihatan badan.

k mid dan rakan-rakan yg lain sempat merendam kaki di sini, almaklumlah banyak berjalan..harap dapat mengurangkan lenguh2 kaki kami..hahaha

kawasan air sungai cetek...amat sesuai untuk anak-anak kecil mandi manda
Senarai harga sewaan di La hot Spring

Kemudahan lain yang terdapat di sini seperti surau, tandas, bilik mandi,  kiosk-kiosk kecil yg menjual makanan dan minuman serta tempat parkir. Chalet-chalet juga boleh di sewa disini.

untuk tempahan dan pertanyaan bole hubungi :
Encik Nazro (edie) 013 9765723   Puan Akmal (Akma)  017 9401527


4.  BESUT CRUISE

Kita sudah biasa dengan melaka River Cruise dan  Cruise tasik putrajaya..apa kata kita mencuba pulak Besut Cruise di Kampung Nail, Besut.




Secara jujurnya k mid rasa satu kelainan menaiki Besut  Cruise nie kerana kami di hidangkan dengan Sata, Otak-otak dan Air Kelapa. Walaupun hampir sejam kami menyusuri Sungai besut ,  tidak pulak terasa jemu kerana  dapat menikmati pemandangan yang menarik di sepanjang pelayaran sambil menikmati hidangan sata dan air kelapa yang segar.
Hidangan telah sedia menanti untuk di jamah πŸ˜‹πŸ˜‹

Pemandangan yang mendamaikan di sepanjang perjalanan

Sesiapa berminat bole hubungi  :

BESUT CRUISE
Telefon (Pertanyaan harga dan tempahan)
011 1862 7420 (Hani)

Email :

Website :

Facebook : 

Instagram :


5. PELADANG SETIU AGRO RESORT

Terletak 13km  dari Bandar Permaisuri,  bersebelahan dengan Hutan Simpan Gunung Tebu. Resort ini menawarkan 58 unit chalet,  kem latihan Agro dengan  blok asrama (bole menampung 250 orang dalam satu masa) dan tapak perkhemahan Agro.

Inilah chalet penginapan kami yang mengadap tasik
 K mid dan rakan-rakan media berpeluang bermalam di sini dan melakukan beberapa aktiviti yang sangat menarik seperti  Flying Fox, Water Confident, berkeno dan Night Walk.  Aktiviti lain yang bole di lakukan ialah memancing,  mandi di kolam renang mini dan melakukan aktiviti sukaneka.
Teruja nampaknya nak try Flying Fox kat sini..hahaha

aktiviti yg paling k mid suka..Flying Fox😁

Acah2 berani aje tue 😁😁

Disebelah malamnya pula selepas makan malam,  kami melakukan aktiviti Night Walk di denai Hutan Simpan Gunung Tebu.

Antara yang di temui,  katak demam,  labah2 hutan dan cakaran beruang

Untuk maklumat lanjut,  sila hubungi  :-
PELADANG SETIU AGRO RESORT
Lot 3912,  Guntong 22040
Setiu Terengganu
09 6920059   /019 9192240
website  : www.agroresort.com
Email  : peladang_agroresort@yahoo.com
Facebook : Peladang Setiu Agro resort

6.  Rumah BOTOL


Lokasi  :
Jalan Penarik - Mngkuk,
Kampung Penarik,  21010  Kuala Terengganu
Terengganu


alhamdulillah...kunjungi kali ini k mid dapat bertemu dengan Ayahku..yaitu pemilik rumah botol ini



Usaha murni seorang warga emas yang tidak mahu melihat pelancong tercedera ketika berjalan di pantai membawa kepada tercetusnya rumah botol ini kerana baginya setiap botol mempunyai keunikan tersendiri. Sehingga kini terdapat lebih 7,000 botol di dalam simpanan beliau.

antara koleksi-koleksi di dalam rumah botol ini

muka ada senyum ...sebab sudah dapat masuk ke dalam rumah botolπŸ˜„

7.  TERRAPURI HERITAGE VILLAGE

Kunjungan k mid untuk kali ke 2..walaupun berapa kali pun ke sini pasti tak jemu untuk mengambil gambar

Pabila melangkah kaki ke sini,  terasa seperti berada di zaman silam...dengan suasana dikelilingi pepohon hijau serta ciri rumah klasik Terengganu pasti memukau siapa saja.


Terdapat 29 rumah klasik disini yang dianggarkan berusia ratusan tahun.  Ia adalah sebahagian dari projek pemeliharaan dan pemulihan rumah melayu klasik..lebih unik lagi,  rumah rumah ini di pasang tanpa menggunakan satu paku pun.

Rumah-rumah di sini  diberi nama  yang seperti Rumah Paloh, Rumah Kedai Buloh, Rumah Seberang Takir, Rumah Pulau Musang, Rumah Tembakang, Rumah Nibong,  Rumah Sungai Mas, Rumah Pengkalan Kubu, Rumah Dusun, Rumah Binjai Rendah, Rumah Gelugor Raja yang mewakili kawasan di negeri Terengganu.

Penginapan k mid kali ini ialah Rumah Seberang Takir

Antara ciri ciri klasik terdapat di sini.
nak jugak bergambar ala2 wanita kampung dengan berselendangkan kain batik πŸ˜€πŸ˜€
untuk keterangan lanjut  :
Terrapuri
Kg Mangkuk,  22120 Setiu Terengganu
Tel : 609 6245020/ 609 6312081
Fax : 609 6228093
Email : info@terrapuri.com
website  : www.terrapuri.com


Sememangnya Terengganu mempunyai banyak tempat -tempat menarik dan unik.  Cuti sekolah ini bolelah bawa anak-anak bercuti ke Negeri Terengganu Darul Iman. Banyak tempat menarik yang bole kita lawati dan terokai di Negeri Terengganu ini.

JANGAN LUPA BACA :-
TEMPAT WAJID SINGGAH KALAU KE SETIU TERENGGANU (PART 1)

#vm2020  #visittrulyasiamalaysia
#visitmalaysia2020   #beautifulterengganu
#setiuwetlandsfestival2019    #tourismmalaysia
#tourismmalaysiawilayahtimur
#motacterengganu
salam sayang,





No comments:

Post a Comment

TERIMA KASIH PADA YANG SUDI MEMBERI KOMEN

BERCUTI DI LOTUS DESARU BEACH RESORT & SPA

Assalamualaikum semua Cuti sekolah sudah bermula,  tak da plan nak bercuti kemana-mana ke?? Bagi yang memang sudah merancang awal nak bal...