Booking.com

20 November 2019

OSIM memperkenalkan kerusi urut mampu milik yang baru.

Assalamulaikum dan salam sejahtera.

Baru-baru ini k mid telah berpeluang menghadiri majlis pelancaran  kerusi urut terkini dari OSIM iaitu OSIM uDivine V.

  Kerusi urut ini direka untuk generasi pengguna baharu yang bercita-cita tinggi dan mahu menikmati kehidupan dengan sepenuhnya. Ia juga dapat mencapai kesegaran dengan lebih nyata menerusi teknologi mengurut terkini seperti teknologi V Hand dengan bebola penggelek 720 darjahUrutan 4 -Tangan ( 4 Hands Massage), program-program urutan yang boleh di muat turun,  serta satu suite program yang menawarkan pilihan urutan professional atau manual yang dapat sisesuaikan dengan kehendak pengguna.
 
 
Teknologi V HandTM dengan Bola Penggelek 720 darjah
Penambahbaikan teknologi urut telah menghasilkan Teknologi V Hand dengan Bola Penggelek 720 darjah,  yang mensimulasikan teknik dan pengerakan tangan pengurut yang mahir untuk kesan realistik,  Bola Penggelek 720 darjah  berputar 360 darjah dalam kedua-dua arah dan bergolek pada kontur tubuh dan mengurut setiap bahagian otot yang keletihan,  meningkatkan kesegaran dan kepuasan para pengguna.

Teknologi urut 4 tangan.
Turut disertakan dengan ciri premium teknologi urut 4 tangan yang mengambil contoh ciri urutan 4 tangan secara segerak seperti yang ditawarkan di spa mewah. Ciri ini dapat menyegarkan bahagian atas dan juga bahagian bawah tubuh untuk memberikan rasa nyaman dan tenang secara dalaman.

Ciri Nilai Tambah Yang Lain
* Kualiti  Bunyi Sebenar dengan sistem audio binaan dalam
Sistem audio binaan dalam, membolehkan pengguna menikmati urutan yang disertai dengan muzik merdu.  Anda bole memilih lagu dari senarai kegemaran anda atau dari  perputakaan Osim yang dirkan khas untuk anda berehat sambil menikmati urut badan penuh oleh OSIM uDivine V.

 * Ciri Keselamatan Pintar
OSIM uDivine V dilengkapi dengan pengesan keselamatan pintar untuk mencegah mekanisme daripada menjadi terlalu panas,  dan sekiranya pengesan mengesan objek yang menghalang semasa kerusi dibaringkan,  bahagian yang bergerak seperti sandaran dan tempat duduk akan berhenti untuk memastikan keselamatan pengguna serta kanak-kanak atau haiwan peliharaan di dalam rumah.

*Warna anda,  personaliti tersendiri
Anda boleh memilih warna mengikut citarasa anda.  Dengan rekabentuk yang minimalis dan tersusun serta krom moden yang digilap dan kulit warna berbentuk V,  mewujudkankan rasa moden yang mewakili generasi baru,  uDivine V disediakan dalam 5 warna, Biru, Kuning, Ungu, Tembaga dan kelabu.
 
    Pengurus Besar OSIM Malaysia Cik Chia Sook Fun berkata,  "uDivine V direka khas untuk para individu era digital yang sentiasa sibuk  untuk memberikan mereka kualiti kehidupan yang lebih baik dengan menghapuskan tekanan yang datang dari beban kerja yang bertambah,   dengan mencetuskan serta membebankan bukan sahaja mata tetapi juga ketegangan otot-otot terutamanya di kawasan bahu dan leher.  Dengan itu OSIM komited untuk membantu generasi baru pengejar impian untuk memulihkan tubuh, minda dan jiwa mereka".



Penyanyi sensasi dari Singapura JJ Lin di pilih sebagai Duta Global uDivine V.   Beliau sebagai  selebriti antarabangsa dengan jualan album dam persembahan konsert yang memecahkan rekod,  JJ Lin  menjadi inspirasi kepada semua bahawa impian dapat menjadi kenyataan.



''THE DREAM EVERYONE CAN OWN"....memiliki sebuah kerusi urut bukan lagi satu impian dengan  OSIM uDivine V. Ianya ditawarkan pada harga mampu milik yang menarik bagi para dewasa muda bercita-cita tinggi yang mahu melegakan tubuh dan minda untuk rehat yang lebih baik , serta rasa segar dan semangat untuk mengatasi segala cabaran hidup.

Untuk keterangan lanjut, sila layari www.OSIM.com

salam sayang,



No comments:

Post a Comment

TERIMA KASIH PADA YANG SUDI MEMBERI KOMEN

BERCUTI DI LOTUS DESARU BEACH RESORT & SPA

Assalamualaikum semua Cuti sekolah sudah bermula,  tak da plan nak bercuti kemana-mana ke?? Bagi yang memang sudah merancang awal nak bal...