Skip to main content

Posts

Showing posts from 2018

MEET & GREET UKAY'S DI BBQ LAMB KL KEMENSAH

Assalamulaikum semua Alhamdulillah....tahun 2019 semakin menghampiri dan tahun 2018 yang penuh dengan suka duka akan meninggalkan kita dengan seribu kenangan. Semoga kita semua menjadi insan yang lebih baik di tahun2 mendatang. Untuk penutup tahun 2018.....pada hari Sabtu(29 Disember) baru-baru ini,  bertempat di BBQ Lamb KL Kemensah,  k mid bersama ahli2 Team Propa Ranjers yang lain telah menikmati hidangan dalam sungai sambil beramah mesra dengan Kumpulan Ukay's Program ini merupakan aktiviti hujung tahun ahli media team Propa Ranjers.  Di samping dapat mengetengahkan semula  Kumpulan Ukay's,   dapat juga mempromosikan tempat makan menarik di Kuala Lumpur.     Bagi peminat-peminat Kumpulan Ukay's pula,  kini mereka muncul semula dengan 2 buah lagu baru mereka iaitu " Terpaksa ku lepaskan " dan "I  love u, I miss u ". Anggota kumpulan Ukay's iaitu Ali Ukay's (Drummer), Ami Ukay's(Keybordist), Tokjie(Bassist) & Fai

HELLO KITTY DAN KAREKTOR SANRIO DI KUALA LUMPUR

Assalamulaikum semua Bagi peminat-peminat Hello Kitty dan Karektor Sanrio ,  inilah masa yang ditunggu untuk melihat sampai bergambar dengan lebih dari 100 karektor Sanrio dari 400 karektor di pameran yang terbesar seumpamanya di Malaysia dan juga di Asia Tenggara. Dianjurkan oleh ALATA EVENTS dan MACEXPO s erta mendapat sokongan dari Tourism Malaysia, pameran "Hello Kitty and her Friends " ini  sedang berlangsung di : Our Sanrio Times Exhibition Tarikh  :  24 November 2018  hingga 6 Januari 2019 Masa    :  11 pagi hingga 9 malam Tempat :  Hall 5, level 5, Quill City Mall,  Kuala Lumpur Mengenai SANRiO Bila bercakap mengenai  Hello Kitty,  memang tidak di nafikan semua orang pasti tahu tapi mengenai Sanrio ini mungkin ada yang tidak mengetahuinya. Sanrio adalah Worldwide lifestle Brand dengan philosophynya iaitu "Small Gift,  Big Smile" yang mana dengan hanya hadiah yang kecil dapat memberi senyuman kepada semua orang tak kira berapa usia me

JOM JALAN FIREFLY

Assalamulaikum semua Pada 6 Disember baru-baru ini, k mid telah menghadiri majlis pelancaran kempen  Jom Jalan bersama Firefly Holiday yang berlangsung di Hotel Saujana Resort, Subang.  Syarikat Penerbangan Firefly melalui portal kembara Firefly Holiday telah berkerjasama dengan GoQuo,  yang mana GoQuo merupakan platform online sektor penerbangan yang menawarkan  pelbagai perkhidmatan pelancongan seperti tempahan hotel, sewa kereta,  lawatan bandar, insurans dan pengangkutan. Selain itu Firefly merancang untuk bekerjasama dengan lain-lain organisasi  seperti KTM  Holiday dan Tourism Malaysia  bagi memberi manafaat  kepada pelanggan firefly yang menggunakan perkhidmatan mereka.    Ketua Eksekutif Firefly Ignatius Ong dan Pengasas GoQuo, Ron Ramanan menyempurnakan majlis kempen Jom Jalan Firefly Berbalo-baloi !!! Para pelanggan di beri pilihan untuk menyusun jadual mengikut kesesuaian dan memilih sendiri waktu penerbangan,  hotel dan pengangkutan di portal ini

Ada Games apa di MYBESTBOX, KL

Assalamulaikum semua.... Pada tanggal 19hb November baru-baru ini,  k mid mendapat undangan ke Majlis pelancaran MYBESTBOX yang bertempat di Berjaya Times Square. Kmid dok terfikir2 sewaktu mendapat undangan...ini mesti lauching permainan baru yang lebih kurang sama dengan apa yang sedia ada di Indoor park Times Square tue.  Rupa2nya sangkaan kak mid meleset sama sekali...hehehe Sebenarnya MYBESTBOX ini telah pun 4 tahun bertapak di Hong Kong dan sekarang orang-orang Malaysia pulak bole merasai permainan yang ala-ala permainan seperti RUNNING MAN dan SUPER TRIO GAME MASTER ...jadi  bolelah kita semua merasai sendiri pengalaman menarik dan menyeronokkan seperti yang kita tonton di kaca TV. Majlis perlancaran dirasmikan oleh YBhg Dato' Dr Ammar Abd Ghapar iaitu pengarah kanan Bahagian Domestik dan Acara Tourism Malaysia.   Di pelancaran ini ,  dua selebriti terkenal tanahair iaitu Izzue Islam dan Adeline Tsen hadir dan mencuba games di MYBESTBOX . Gelagat 2 se

Percutian 4 hari 3 mlm ke Kuching Sarawak (Part 2)

Assalamulaikum... Baru nak sambung Percutian di Kuching Day 2. K mid sekeluarga mesti bangun awal hari ke 2 nie sbb kami nak tengok orangutan arinie....kami x nak terlepas waktu feeding pagi iaitu jam 9.00 pagi.  Kalau mengikut itinerari yang di sediakan oleh anak K mid.. selepas sarapan kami akan ke PUSAT HIDUPAN LIAR SEMENGGOH (SEMENGGOH WILDLIFE CENTRE). Pusat Hidupan Liar Semenggoh ini terletak kira2 30 minit perjalanan dari Pusat Bandar Kuching.  Pusat ini adalah bagi yg  ingin melihat ikon negeri Sarawak iaitu orang Utan. Sebenarnya pusat ini bukanlah khusus untuk melihat orang utan sahaja tetapi juga untuk rawatan haiwan liar yang lain tetapi ianya cukup berjaya dalam memulihara orang utan jadi sudah menjadi sinonim dengan haiwan tersebut. Pintu masuk Pusat Hidupan Liar Semenggoh Bukan senang nak dapat tengok orang utan nie...walaupun memang waktu di beri makan pada pukul 8 pagi hingga 10 pagi dan petang pula pada pukul 2.00 petang hingga 4.00 petang...ada kal