Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2013

Persediaan / Tips sebelum Travel ke Ho Chi Minh

Assalamualaikum semua... Hari nie nak kongsikan serba sikit tips yang mungkin boleh memberi manafaat kepada orang lain manalah tahu ada orang yang baca kat blog aku nie. Biasanya,  sebelum travel ke mana-mana aku buatlah sikit research atau google2 tempat tue...dari situ bolehlah agak-agak tentang budget yang perlu ada.  Bagi yang travel berseorangan atau pada yang terlebih loaded mungkin tak perlu buat canggini kan tapi aku nie nak travel anak beranak jadi terpaksalah buat persediaan dari awal... Ok...sekarang nie aku tengah sibuk research dan google tentang Ho Chi Minh..nak travel bulan Disember nie lah ya....kenalah cari info serba sikit tentang Ho Chi Minh...lagipun aku bukan pergi ikut package...aku pergi sendiri... Ramai kawan-kawan cakap... engkau bolehlah selalu travel sebab engkau mampu........ sebenarnya aku selalu travel pun secara budget je,  lagi pun banyak tempat-tempat kat luar negeri tue aku tak sampai lagi....tempat-tempat matawang dia murah macam Indon tue selalu

Cara-cara memasak DADIH

Assalamualaikum semua.. Rasa-rasa teringin nak makan dadihlah....alah..nanti orang cakap ..apalah dadih yang senang nie pun nak buat entry...suka hati akulah...kan..kan..klu sesiapa nak buat ikut aku,  silalah.. Aku memang suka buat dadih, lepas tue letak dalam petisejuk...anak-anak pun suka..Dorang nie pelik sikit...tak suka agar2 tapi suka dadih....jadi buatlah untuk  kudap-kudapan dorang.. Yang penting senang dan sedap untuk di nikmati.... Mula-mula belilah serbuk dadih dulu ye!! Ada macam2 perisa...ada coklat, strawberry, maggo, lychee  dan lain.lain lagi Serbuk dadih ada berjenis.jenis...aku suka yang ini..ada lagi satu jenis yang ok tapi sorrylah...xda pula dalam simpanan  Gula dan susu cair juga    Bekas dadih jangan lupa jugak      Nata de Coco nie additional.  klu tak letak pun ok jugak...tapi klu letak lagi sedap..  Sekarang aku nak bagi tahu cara penyediaan nye : Mendidihkan 3000 ml air bersama 100gm gula dan 400ml susu cair Bila mendi

Makan-makan at Ah Tuan Ee's Place -The Curve

Hi..semua. Tanggal 24.9.2013,  si kecik ku Danial menyambut hari lahir yang ke 14 tahun (kecik ke??? hahaha...keciklah...sebab si bongsu) Nie dia si besday boy....dah 14 tahun pun... Kami sekeluarga pun decide nak belanja dia makan kat Ah Tuan Ee's Place di The Curve.  Ah Tuan Ee's nie menyediakan masakan baba dan nyonya. Nielah kedai nya yang terletak di Level 1 Besday boy + mama- tengah tunggu makanan Aku suka air Cincau dia...... Tak banyak makanan yang aku snap...sebab semuanya dah lapar ....datang aja makanan terus makan.... Anyway,  makan kat sini sedap juga. Mr hubby dan aku paling suka masak asam pedas nya ....memang sedap.  Keseluruhannya aku bagi *** 3 bintang dari pada 5 bintang dari segi kesedapannya. Nie alamatnya kalau sesiapa nak try :- Ah Tuan Ee's Place Lot 155,  Level 1, The Curve Shopping Mall, No.6,  Jalan PJU 7/3,  Petaling Jaya, Selangor Tel  : 03-77103603/77100603 With Love, Miedajaz

KONVOKESYEN UiTM ke 78

Assalamulaikum Hari ni tiba-tiba datang mood nak menaip tapi tak tahu nak menaip apa....lalu belek2 gambar-gambar konvo anak2 kesayangan ku.  Dah besar pun diorang sekarang (tiba2 rasa dah tua....selalunya masih tak sedar diri lagi!!!!) Minggu lepas terbaca pulak seorang bapa hadiah kan kereta Mini Cooper pada anak yang dapat 5A dalam peperiksaan UPSR...kalau dapat masuk U...entah apalak bapak nie bagi hadiah. Tidak dapat di nafikan kegembiran ibu-bapa dengan kejayaan anak2....jadi tak boleh di salahkan kalau ibu bapa menghadiahkan sesuatu yang berharga kalau mereka mampu tapi kalau  sekadar menunjuk-nunjuk kekayaan mereka baik tak payah.......... Konvokesyen ke 78 ini berlangsung dari tarikh 11 - 21 Mei 2013   bertempat di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), Shah Alam Pemandangan di Luar Dewan Agung Tuanku Canselur Pemandangan di dalam Dewan. SARJANA MUDA PENGURUSAN HARTANAH Mak yang tumpang gembira...... Harap

Rumah Peranginan Kerajaan Morib

Assalamualaikum.. Sebenarnya memang nak buat entry pasal Rumah Peranginan Kerajaan Morib nie...tapi tak buat-buat sebab duk selongkar cari gambar- gambar nya almaklumlah masa pergi tue bulan Ogos,  nak update bulan November...jadi kenalah selongkar balik gambar-gambar dalam pendrive. Kami sekeluarga pergi ke sana pada 17 Ogos 2013 iaitu seminggu selepas menyambut Hari Raya Aidilfitri. Kebetulan tarikh tue ada kekosongan...bukan senang nak ada kekosongan untuk Rumah Peranginan Kerajaan lebih-lebih lagi pada hujung minggu. Lagipun harga penginapan sangatlah murah buat kakitangan kerajaan. kami ikut peta ni untuk cari lokasi.... Rumah2 peranginan nie di namakan dengan nama pulau..pulau langkawi, pulau pangkor, pulau Tioman dll kami sewa chalet 2 bilik - RM50 siap dengan dapur untuk memasak Macam nie keadaan Chalet 2 bilik - Oklah untuk 2 family Kalau nak merasa main chess sebesar nie...boleh try yang kat sini.....nasib baik masih larat untuk di angkat Pa

Restoran Char Koay teow Simply Delicious Penang Mai

Assalamualaikum...  Hari nie nak cerita cikit pasal Restoran Simply Delicious Char Koay Teow.  Restoran nie terletak di Kota Damansara ...owner dia ialah Serina Redzuan anak Chef Wan . Restoran nie simple je dengan menu yang simple.. Harga pun amat berpatutan,  Speciality dia tentulah Char Koay Teow Nie dia restoran dia..semua pink termasuk kerusi Char Koay Teow boleh di order dengan saiz kecil, sedang dan besar..... Kami sekeluarga memang gemar makan Char Koay Teow....boleh juga cuba nasi goreng dia.... Kalau nasib baik boleh jumpa Serina yang ramah tue......tapi masa kami berkunjung dia tak ada..ramai juga artis yang makan kat situ.. Ok..lah klu sesiapa berminat nak rasa Char Koay Teow Penang Mai nielah alamat dia : Restoran Char Koay Teow Simply Delicious Penang Mai, No.13G, Encorp Strand, Jalan Pju 5/20A, Dataran Sunway,  Kota Damansara (Berhadapan dengan Tune Hotel) Bye... With love, Miedajaz

Makan-makan di Warung Leko Pusat komersial Sg Buloh

Assalamulaikum.. Sejak balik dari Bali masa sebelum puasa aritue belum berkesempatan menikmati makanan Indon..Bila anak-anak mengajak untuk mencuba makan di Warung Leko yang baru di buka di Pusat Komerial Sg Buloh..apalagi rezeki jangan di tolak.......Rasanya ini Cawangan kedua Warung leko, yang pertamanya di The Curve. Special menu kat sini biasanya Iga Sapi Penyet dan Iga Hot Plate Warung Leko di Sg Buloh nie besar dan decorasi yang cantik... servis pun cepat Ramai yang bertanya apa itu Iga..Iga tue ialah daging tulang rusuk... Nie dia Iga Sapi Hot Plate...enak bangat dong !!!! Satu lagi yang unik kat sini.. Talapia terbang.... Sambal yang di sediakan ada 3 jenis - kurang pedas, sedang dan pedas.  Kami sekeluarga cuba yang sedang.... Bolehlah tahan pedasnya....tapi sambal dia memang awesome...klu x percaya boleh cuba... Boleh juga mencuba pisang goreng ranggup sebagai pencuci mulut.. Keseluruhannya....sedap dan pasti akan berkunjung lagi..insyaallah..