Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2013

Cuti-cuti di Hatyai/Songkla ( Part 3)

Assalamulaikum... Tak habis lagi entry pergi Hatyai nie.... Hari terakhir iaitu 14 Oktober 2013 Lepas bangun dan check out hotel,   merayau-rayau jalan kaki di Pekan Hat yai....cari apa-apa barang yang patut...lalu satu kawasan pasar....Nama pasar nie kalau tak silap .. Santisuk Market. Tak beli apa-apa...sibuk snap picture je... Buah-buah dan sumber laut seperti udang/ikan semuanya fresh-fresh belaka........... Selepas tue, kami  pun meneruskan perjalanan lagi...... lebih kurang 25km ke Pantai Samila di daerah Songkla.  Jalannya lurus aja dan ada sign board di sepanjang perjalanan...jadi tak lah susah nak sampai ke Samila Beach. Beriya-iya tengok peta tapi sesat jugak............huhuhu   Inialah patung Duyung...simbol Samila beach... yeah!!! we are here at Samila Beach................ Actually,  tak ada apa pun kat Samila beach..sama seperti pantai-pantai yang lain...boleh mandi-manda kalau nak....makan-makan kat tepi pantai macam

Cara-cara membawa kereta masuk ke Thailand

Assalamulaikum dan salam sejahtera Ramai yang mungkin nak tahu cara-cara atau prosedur-prosedur membawa kereta memasuki Thailand..jadi tergeraklah hati ni nak tulis entry dan ianya berdasarkan pengalaman. Mula-mula tak berani juga nak bawa kereta ke Thailand..tapi lepas baca orang lain punya blog,  lepas tue ikut procedur yang betul rasanya tak ada masalah pun....insyaallah...  Mula-mula sekali fotostat geran. Ramai orang bertanya perlu bawak geran kereta origional ke tidak??  Kalau ada yang original bawaklah sekali tapi jangan bagi kat kastam atau imigresen yang original..naya !!!!  bagi yang tak ada geran original jangan risau, ambik geran yang fotostat pergi chop kat balai polis yang berdekatan dengan rumah anda . Ada sesetengah blogger kata tak payah chop kat balai polis lepas je dorang masuk Thailand....tapi aku tak berani buat macam tu...klu korang rasa2 nak buat macam tue terpulanglah.... lepas chop tue buat lah fotocopy lebih sikit. O wner kena pergi sekali tau....kalau o

PERCUTIAN KELUARGA DI HATYAI/SONGKLA (Part 2)

12 Oktober 2013 (Hari Kedua) 8.00 pagi - Bersarapan di Simpang Empat,Perlis dan seterusnya meneruskan perjalanan ke Bukit kayu Hitam 10.00 pagi - Tiba di Bukit kayu Hitam .  Ambik insuran kereta sebelum masuk dan cop pasport..jangan lupa tau.  (Aku akan terangkan secara detail cara-cara membawa masuk kereta ke Thailand dalam entry seterusnya....kalau nak tahu jangan lupa baca tau) Dah sampai border u............. Ini tempat aku beli insuran...awek ni tolong isi departure card..RM1.00 Satu pasport....Insuran Seminggu RM18 selepas semua urusan di border selesai (nasib baik orang tak berapa ramai mungkin dah nak raya Aidil Adha jadi tak lama sangat untuk cop pasport,  lebih kurang 20 minit). Dah masuk Thailand Dah..... 12.30 tengahari- sampai di pekan Hatyai tapi dekat pukul 2.00 baru sampai di Hotel.. Apa tidaknya asyik pusing-pusing cari Hotel.  Sebenarnya,  bukannya susah sangat...dah lalu pun dekat situ tapi asyik pusing-pusing je...akhirnya minta tolong orang

PERCUTIAN KELUARGA DI HATYAI/SONGKLA (Part 1)

Tarikh :  11 Oktober - 14 Oktober 2013 Kami sekeluarga sebenarnya berpakat nak melawat Pak Long yang sakit di Padang besar,  Perlis. Dah beberapa bulan dia sakit,  jadi bila anak-anak dapat bersama maka bermulalah perjalanan kami ke utara Semenanjung..... 9.30 mlm (11 okt)- kami memulakan perjalanan dari rumah melalui Lebuhraua Utara Selatan.  Perjalanan berjalan lancar,  walaupun di khuatiri lebuhraya akan sesak maklumlah mungkin ramai akan mengambil cuti pada hari Isnin sebab raya Aidil Adha jatuh pada hari Selasa. Kami hanya berhenti sekejap di perhentian Tapah untuk minum dan ke Tandas. 2.30 pagi - sampai di perhentian Juru - itu maknanya dah nak sampai Penang....pemandu-pemandu semua dah mengantuk...kelopak mata dah tak boleh di angkat??? apalagi tidur dalam kereta.........kroh..kroh...kroh..... 6.30 pagi - bangun (lama gak tidur dalam kereta)...pergi tandas basuh muka.....amboi2...detail sungguh entry nie...sebenarnya nak cerita sikit pasal kejadian di tol Juru nie... Ka

PERCUTIAN DI LOMBOK 2013

Dari Bali ke Lombok - 5 Julai 2013 Kami bertiga berhasrat nak ke Lombok dari Bali..nak cuba konon-kononnya. Lagi pun kalau gunakan fast boat hanya sekitar 1 jam aje tapi dengan cost 400,000 Rupiah(RM140.00)..jadi untuk jimat apalagi guna perkhidmatan ferry,  cuma sekitar 40,000 rupiah (RM14.00). Bezakan harga dia???? Ini dia tiket Ferry dari Padang Bai ke Lembar Macam naik feri Pulau Pinang tapi lagi dahsyat....waktu malam ada tilam boleh baring2 kt lantai.. Kami menaiki feri pada waktu tengah malam untuk menjimatkan masa kerana penyeberangan akan mengambil masa selama 4 jam..jadi untuk sampai pagi kami ambil feri pukul 12.30 tengah malam..inilah yang membezakannya dengan fast boat yang mengambil masa sekitar 1 jam. Suasana di atas feri.. waktu nie masa penyeberangan balik ke Bali(iaitu Lembar ke Padang Bai).Perasan macam naik cruise...huhuhu Paginya kami sampailah di Lombok dan di jemput oleh supir yang boleh di percayai...kenapa cakap di percayai...huhuhu