Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2013

KONVOKESYEN (ANAK-ANAK RATU HATIKU)

30 Oktober 2012 Assalamulaikum. Konvokesyen nie dah beberapa bulan berlalu tapi baru sekarang nak di postkan kat sini..bukan apa?  sebenarnya gembira sangat hari ini sebab si kakak akan grad pada bulan Mei nie....Alhamdulillah...selepas 5 tahun...si adek bagaimana??  harap-harap dapat juga menyambung ke peringkat Ijazah.... Konvokesyen KPM nie berlangsung di PICC, Putrajaya Saat Manis- menerima Diploma 3 Tahun menimba ilmu....bangga dgn kejayaan anak-anak. Harap si adek akan menjejaki kejayaan kakak........... Harapan agar anak-anak berpijak di bumi yang nyata.. Sebagai ibu-bapa,  mereka sanggup lakukan apa saja demi melihat kejayaan anak-anak. Tidak mengharapkan apa-apa balasan dari mereka..cukuplah mereka menjadi insan yang berguna... Terima Kasih padamu...Ya Allah....

JALAN-JALAN DI TERENGGANU

Selepas bermalam selama 2 malam di Tasik kenyir...kami pun kembali ke Kuala Berang. Abang ipar membawa kami ke Pasar Payang untuk membeli belah dan ke Losong untuk membeli Keropok Leko. Memang keropok leko losong sedap.... Hari cuti mmg ramai sungguh orang kat pasar payang...smpai nak jalan pun susah... Di depan pasar payang pula telah di bina Waterfront yang cantik....ramai orang lepak-lepak dan jalan di sini.. Gambar-gambar di waterfront.... Setelah penat membeli belah di Pasar Payang,  teringin pulak nak makan Ikan celup tepung,  sotong celup tepung dan udang celup tepung.  Mari kita jalan-jalan dan makan-makan di Pantai Teluk Ketapang pula...memang ikan celup tepung dan semua yang celup tepung awesome kat sini.....    Boleh main layang-layang dan main ATV kat sini..  Anak-anak tidak melepaskan peluang bermain ATV sepuas-puasnya.  Ramai juga yang main Layang-layang kt pantai nie... Terima kasih ya Allah kerana memberi kami

PERCUTIAN DI TASIK KENYIR PART 2

Keesokkan harinya,  selepas bersarapan kami pun ke pengkalan untuk menaiki bot ke Air Terjun Saok.  Kami di kenakan bayaran bot  RM5.00 seorang. Entah apa posing nie.... Menahan Signboard kut.. Dengan kawasan yang belum di cemari...sejuk sungguh airnya.. Nyaman dan menyegarkan............... Ini dia pengkalan bot Air Terjun Saok Selepas mandi manda selama 2 jam di air terjun Saok,  kami pun di jemput oleh bot untuk pulang semula di rumah Peranginan Persekutuan(RPP).  Sebelum sampai ke RPP,  singgah dulu di Taman Herba Tasik Kenyir. Macam-macam pokok ada kat sini. Lanskap yang menarik Catatan di buku pelawat sebelum minum air herba yang di sediakan 3 jenis air herba di sediakan untuk pelawat...Air Tongkat Ali,  Kacip Fatimah dan Mahkota Dewa. Air herba ini di masak dengan belanga tanah... Rasanya ok ..tak lah pahit sangat...betul2 ori. Rasa jangan tak rasa. Sempat juga kami membeli pokok Mahkota Dewa untuk di

PERCUTIAN DI TASIK KENYIR - KEINDAHAN ALAM SEMULAJADI

Assalamulaikum Kisah percutian kami sekeluarga pada cuti tahun baru cina kali ini adalah ke Terengganu. Disamping berjumpa kakak kesayangan yang menetap di Kuala Berang kami sekeluarga juga telah menempah Rumah Peranginan Persekutuan di Pulau Sah Besar Tasik Kenyir. Perjalanan kami sekeluarga bermula pada pukul 11.30 mlm hari Khamis (7 Feb 2013) dari Kuala Lumpur  melalui Lebuhraya Pantai Timur - Lebuhraya Jerangau Jabour - Bandar Al-Muktafi Billah Shah - Kuala Berang(Leih kurang (415km).  Perjalanan yang sunyi di waktu malam dengan kenderaan yang masih belum bersesak-sesak (mungkin belum sesak sebab cuti bermula hari sabtu ),  perjalanan kami tidak memenatkan. My hubby siap berhenti beberapa kali di sepanjang perjalanan... katanya buat apa kita kelam kabut..slow and steady..kita nak bercuti jadi tenangkan diri dan jangan kelam kabut.. betul jugak tu!!! Subuhnya kamipun sampai ke Pekan Kuala Berang untuk menikmati sarapan pagi bersama kakak dan abang ipar yang sedia menunggu ka