Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2013

THE BIRD CURRY FISH HEAD HOUSE

Hari ini nak bawa keluarga makan kari kepala ikan.  Si adek sangat sukakan kari... Cari tempat yang berdekatan dengan rumah iaitu di The Bird Curry Fish Head House di Kota Damansara.  Sebenarnya The Bird ni ada beberapa cawangan lain seperti di Bangsar dan di Publika. Dekorasi cantik......... Kaunter Receptionnya juga cantik.. Menu-menu kat sini amat menyelerakan tapi harganya pun boleh tahan juga.  5 orang makan hampir mencecah RM200. Inilah simbol The Bird Sekali-sekala membawa keluarga makan kat sini ok jugak.  Si adek makan bertambah-tambah sebab karinya memang sedap.  wallah!!!! Service OK...Cepat.... Satu mangkuk besar kari berharga RM49.90.    Ais kacang dia....memang sedap...harganya RM9.90 Rojak buah ...memang sedap...macam makan kt Gurney Drive Penang..Wallah!!! Memang tak larat habiskan Ais Kacang Sorang2...... Kalau siapa-siapa yang berminat bolehlah merasa kari kepala ikannya.  Alhamdulillah dapat menjamu se

APAM GULA HANGUS

Assalamulaikum  Rasanya boring je tak buat apa kat rumah jadi bila tengok loyang-loyang yang tergantung kat dinding tue....apa lagi buatlah kueh-kueh yang senang-senang untuk minum petang. Apam gula hangus jadilah...     Sesiapa yang berminat, bolehlah cuba resipi nie...  2 biji telur 1 cawan gula pasir 1 cawan air 1/2 cawan minyak masak 2 sudu besar marjerin 2 sudu susu pekat 1 sudu teh soda bikarbonat 1 1/2 cawan tepung gandum  Cara-caranya : Gula di hanguskan kemudian di campurkan dengan air,   kemudian disejukkan  2.  Di dalam  blender masukkan telur,  susu, minyak dan marjerin,  kisarkan anggaran 3 minit.  3.  Di masukkan gula yang telah disejukkan tadi bersama-sama soda bikarbonat dan dikisarkan lagi.    4.  Akhir sekali masukkan tepung dan dikisar lagi sehingga sebati. 5.  Kukus adunan tadi di dalam loyang yang telah disapu dengan minyak masak selama 45 minit.  Boleh juga menggunakan acuan plastik yang kecil-kecil.

BERSANTAI DI EAGLE RANCH

Assalamulaikum........... Tahun baru cina dah nak dekat...biasalah ramai yang planning nak bercuti maklumlah cuti raya tahun baru cina tahun nie jatuh pada hari Ahad,  jadi boleh semua cuti dari hari Sabtu hingga hari Selasa (4 hari tue), bagi yang bekerja dengan Company Cina lagilah lama,  entah-entah 2 minggu korang berehat...... Dah hampir setahun berlalu baru teringat nak cerita pasal percutian aku di Eagle Ranch,  Port Dickson. Tempat percutian ala cowboy di Port Dickson.....bukan apa bolehlah siapa-siapa yang berminat survey-survey...  Aku pun sedang survey-survey jugak...nak bawa family pergi mana cuti tahun baru cina nie...kalau poket lebat jauhlah perjalanannya,  klu poket kempis dekat jelah jawabnya.   Korang akan lihat benda nie kat simpang sebelum masuk ke resort,  lepas sikit dr Tiara Resort Nielah tempat penginapan kami - Bandwagon Happy sungguh- lepas breakfastlah tue... Penginapan di sini biasanya termasuk breakfast....ok jugak breakfast yang di

BANDUNG lagi...........

Assalamualaikum Dah 2 kali ke Bandung tapi satu entri pasal Bandung pun tak da..... Bagi yang belum pernah menjejak kami ke Bandung dan rasa-rasanya nak pergi...aku nak bagi tips...tempat-tempat menarik yang boleh di kunjungi selain dari dok perabih duit bershopping.................  Kawah putih - Tempat yang cantik yang harus di lawati.  Kali pertama pergi bersama kawan-kawan pada tahun 2010,  pengangkutan dibenarkan di bawa hingga ke lokasi kawah putih tapi tiba-tiba lak bila aku pergi kali ke dua bersama famili, kami terpaksa naik pengangkutan seperti van yang di namakan "Ontang Anting"...mungkin pemerintah nak menambahkan peluang pekerjaan bagi penduduknya...yalah bolehlah orang yang bawa Ontang Anting nie cari rezeki sikit. Tapi bila anak gadisku pergi pada bulan September yang lalu, telah di benarkan pulak transport mereka di bawa ke atas...entahlah.....anyway enjoy je naik Ontang Anting tue...kelakar pun ada.... Ini dia van yang di panggil 'Ontang A