Skip to main content

Posts

7-ELEVEN MEMBANTU PELAJAR DENGAN MEMBERI SUMBANGAN MAKANAN DI BULAN RAMADAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 7-Eleven Malaysia membuat kelainan dalam sumbangan kepada masyarakat dengan kempen Semurni Kasih yang  diadakan sempena bulan Ramadan yang mulia. Kempen ini yang merupakan sebahagian daripada program 7-Eleven Community Care bertujuan  untuk memupuk  hubungan yang mendalam dengan masyarakat akar umbi dan pemberian dibulan Ramadan ini amat bermakna kepada Masyarakat dan Umat Islam dalam memahami nasib golongan yang kurang bernasib baik. Kedai Serbaneka terbesar ini telah memberikan makanan berbungkus 7Cafe dari 7-Eleven untuk di nikmati oleh 920 pelajar dari 3 universiti iaitu Universiti Malaya(UM),Universiti Kebangsaan  Malaysia ( UKM) dan Universiti Teknologi Mara( UiTM ) yang mana telah disampaikan oleh pasukan 7-Eleven di 3 lokasi. " Kami amat bersyukur   dapat berkongsi perkara ini dengan pelajar. Sokongan daripada pekerja kami serta pelanggan telah memainkan peranan penting bagi kami untuk  mendekati komuniti dari akar umbi.  Komitm
Recent posts

GAMARO CHICKEN & BURGER : AYAM TANPA TULANG KOREA NO.1

  Assalamualaikum dan salam sejahtera   Hai kawan- kawan semua,  lagi beberapa hari kita umat islam dah nak menyambut bulan Ramadan . Cepatnya masa berlalu,  rasanya baru aje menyambut Ramadan dan Aidil Fitri 2023 dan kini Ramadan 2024 dah menghampiri. Nak ceritalah cikit...kak mied dan kawan-kawan pun decide nak jalan-jalan dan makan-makan sebelum menyambut bulan Ramadan nanti. Sewaktu kami jalan-jalan di The Curve , Mutiara Damansara kami pun terjumpa satu restoran makanan segera Korea, menu kat restoran nie nampak menarik dan kami pun singgahlah tengok-tengok. Nama restoran nie ialah GAMARO Chicken & Burger . Kak mied dan kawan-kawan pun dah lama tak makan ayam goreng korea nie jadi kami pun sepakat nak cuba makan di restoran ini. Mula-mula kami teliti dahulu, adakah restoran ini mendapat status HALAL ?. Ya..memang terpampang sijil halal di kaunter restoran....jadi kami pun terus memesan beberapa jenis menu dan minuman . Inilah menu yang kami order...semua pun nampak sedap😋😋

DAE GA KOREAN RESTAURANT : RESTORAN MESRA MUSLIM DAN MENGHIDANGKAN MASAKAN ASLI KOREA

  Assalamulaikum dan salam sejahtera Hi, semua.  Hari ini kak mied nak cerita tentang makan-makan bersama teman-teman di Restoran Korea .  Memang tidak dapat dinafikan memang banyak terdapat Restoran Korea di Lembah Klang ini dan kita semua teringin nak makan di Restoran Korea cuma kita mesti selalunya tidak yakin dan was-was akan status halal restoran tersebut. Kak mied dan bestie dah jumpa dah Restoran Korea yang sedap, masakan asli Korea dan Muslim Friendly di The Curve , Damansara iaitu Dae Ga Korean Restaurant. Restoran ini di buka pada Disember 2022 dan makanan-makanan di sini adalah terbaik dan  authentic korea kerana memiliki chef-chef yang memang berpengalaman serta mereka juga mahir dalam pemilihan daging premium yang berkualiti serta memiliki teknik dan resepi pemerapan terbaik. Chef Ms Yang Haeree yang sangat berpengalaman sedang menerangkan tentang menu yang terdapat di restoran ini. Jom kak mied tunjuk apa yang kitaorang order di sini : Tengok tue..penuh meja

TERAPI GARAM PERTAMA DI MALAYSIA :Iswanah Beauty and Wellness tawar Himalayan Salt Therapy sebagai ‘healing’ dan rawatan alternatif kepada penjagaan peribadi dan masalah kesihatan.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Menjadi yang pertama seumpamanya di Malaysia, Iswanah wellness adalah pusat rawatan  bagi terapi garam himalaya yang bertapak di Batu Caves . Garam Himalaya ialah garam batu (halit ) yang dilombong dari wilayah Punjab di Pakistan.  Garam, yang selalunya mempunyai warna merah jambu kerana mineral surih, digunakan  terutamanya sebagai bahan tambahan makanan untuk menggantikan garam meja yang  ditapis tetapi juga digunakan untuk memasak dan persembahan makanan, lampu hiasan dan rawatan spa. Pembentukan geologi ini terdiri daripada halit kristal yang diselingi dengan garam potash,  dilapisi oleh marl gipsiferus dan dilapisi dengan lapisan gipsum dan dolomit dengan jahitan  jarang syal minyak yang terkumpul antara 600 dan 540 juta tahun dahulu Lapisan ini dan batuan enapan Cambrian hingga Eosen di atasnya didorong ke arah selatan  ke atas batuan enapan yang lebih muda, dan terhakis untuk mewujudkan Julat Garam. Himalayan Salt Therapy pula ialah a

HOTEL TENERA BANGI : LIP LAP LIP LAP RAMADAN TEMA BUFFET RAMADAN TAHUN INI

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Ramadan hampir tiba tidak lama lagi,  sudah tentu kita menanti peluang untuk menambah amal ibadat di bukan puasa juga peluang untuk sama-sama beriftar bersama sanak-saudara dan kawan-kawan. Bercerita mengenai iftar, hotel-hotel dan restoran-restoran sudah mulai mengadakan promosi bufet Ramadan mereka untuk tahun ini . Majlis Preview Ramadan Hotel Tenera dirasmikan oleh Pengerusi Felda Datuk Sri Ahmad Shabery Chik  Untuk tahun ini, Hotel Tenera  tidak ketinggalan untuk mempromosi bufet Ramadan mereka   tema iaitu " Lip -Lap Lip - Lap" dengan menampilkan   kehadiran pelakon dan usahawan popular Rozita Che Wan Sebagai  wajah bufet Ramadan Hotel Tenera tahun ini. Bufet Ramadan Hotel Tenera kali ini akan bermula pada 14 Mac 2024 sehingga 7 April 2024 ini.  Seperti biasa, Bufet Ramadan di Hotel Tenera menjadi pilihan Che Ta  dan orang -orang daripada pelbagai golongan kerana sajiannya yang sedap, tempatnya yang selesa dengan harga berpatutan b