Assalamualaikum dan salam sejahtera. 7-Eleven Malaysia membuat kelainan dalam sumbangan kepada masyarakat dengan kempen Semurni Kasih yang diadakan sempena bulan Ramadan yang mulia. Kempen ini yang merupakan sebahagian daripada program 7-Eleven Community Care bertujuan untuk memupuk hubungan yang mendalam dengan masyarakat akar umbi dan pemberian dibulan Ramadan ini amat bermakna kepada Masyarakat dan Umat Islam dalam memahami nasib golongan yang kurang bernasib baik. Kedai Serbaneka terbesar ini telah memberikan makanan berbungkus 7Cafe dari 7-Eleven untuk di nikmati oleh 920 pelajar dari 3 universiti iaitu Universiti Malaya(UM),Universiti Kebangsaan Malaysia ( UKM) dan Universiti Teknologi Mara( UiTM ) yang mana telah disampaikan oleh pasukan 7-Eleven di 3 lokasi. " Kami amat bersyukur dapat berkongsi perkara ini dengan pelajar. Sokongan daripada pekerja kami serta pelanggan telah memainkan peranan penting bagi kami untuk mendekati komuniti dari akar umbi. Komitm
Assalamualaikum dan salam sejahtera Hai kawan- kawan semua, lagi beberapa hari kita umat islam dah nak menyambut bulan Ramadan . Cepatnya masa berlalu, rasanya baru aje menyambut Ramadan dan Aidil Fitri 2023 dan kini Ramadan 2024 dah menghampiri. Nak ceritalah cikit...kak mied dan kawan-kawan pun decide nak jalan-jalan dan makan-makan sebelum menyambut bulan Ramadan nanti. Sewaktu kami jalan-jalan di The Curve , Mutiara Damansara kami pun terjumpa satu restoran makanan segera Korea, menu kat restoran nie nampak menarik dan kami pun singgahlah tengok-tengok. Nama restoran nie ialah GAMARO Chicken & Burger . Kak mied dan kawan-kawan pun dah lama tak makan ayam goreng korea nie jadi kami pun sepakat nak cuba makan di restoran ini. Mula-mula kami teliti dahulu, adakah restoran ini mendapat status HALAL ?. Ya..memang terpampang sijil halal di kaunter restoran....jadi kami pun terus memesan beberapa jenis menu dan minuman . Inilah menu yang kami order...semua pun nampak sedap😋😋